Tapi lama2 dah boleh terima hakikat bahawa aku kene jugak teruskan hidup dan ceriakan diri sekurang2nya...klu tak sah2 tension kan....kita bukan nak keje sehari dua....sampai pencen tuh....kenelah buat sesuatu. Walaupon berjauhan dengan teman2 lama, tak bermakna kita terus putus hubungan dari tanya khabar berita kan, FB ade boleh gak sembang2 perkembangan semasa...masa aku keluar dari c2 dulu ada juga yang sama2 pindah tempat lain, dgn macam2 alasan munasabah, yelah kita semua ada perancangan hidup masing2, so bos kenelah faham dan sokong apa yg kita nak dalam hidup kita kan....tak semua antara kita akan dapat bos yang memahami, caring, dan ada pulak dapat bos yang hmmmm.....kita tak boleh buka mulut langsung pon ada, ntahlah...macam yang terjadi pada sahabat aku ni.
Dia buat surat untuk tukar bahagian, apabila rasa dah tak boleh nak terus-menerus dibawah telunjuk bos yang terrrrlalu bossy dan semua org buat tak sehebat dia...apa lg mestilah kita nak angkat kaki je....takyah nak buang masa dok ngadap dia je kan, tak berkembang langsung, lagipon apa salahnya member ni pon dah keje lebih 5 tahun...dah sesuai kalau nak bertukar kemana-mana. Hmmm apa2 pon semoga sahabatku ni berjaya mencari apa yng dia naklah...aku pon pernah berada bwh bos yang sama ni....dah sedia maklum dengan sikapnya...tak heran kalau ramai yang merungut kalau berboskan dia ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan