Khamis, 8 November 2012

jumaat yang tenang

Pagi2 jumaat camni tetiba rasa kosong jerk keliling aku ni, ala apa nak heran memang hari2 pon macam ni, staff tak ramai pon, adelah beberapa kerat jer, beza dgn tempat keje lama masa di HQ dulu meriahnya n bahgia, aku ni memanglah tak mesra dan ramah sgt , tapi mmg suka suasana meriah, happy buat keje sesama kekawan....tapi bila pindah tempat sekarang ni lain sangat, mula2 tu memang macam nak nangis jer, sunyiiiiiiiii sungguh.
Tapi lama2 dah boleh terima hakikat bahawa aku kene jugak teruskan hidup dan ceriakan diri sekurang2nya...klu tak sah2 tension kan....kita bukan nak keje sehari dua....sampai pencen tuh....kenelah buat sesuatu. Walaupon berjauhan dengan teman2 lama, tak bermakna kita terus putus hubungan dari tanya khabar berita kan, FB ade boleh gak sembang2 perkembangan semasa...masa aku keluar dari c2 dulu ada juga yang sama2 pindah tempat lain, dgn macam2 alasan munasabah, yelah kita semua ada perancangan hidup masing2, so bos kenelah faham dan sokong apa yg kita nak dalam hidup kita kan....tak semua antara kita akan dapat bos yang memahami, caring, dan ada pulak dapat bos yang hmmmm.....kita tak boleh buka mulut langsung pon ada, ntahlah...macam yang terjadi pada sahabat aku ni.
Dia buat surat untuk tukar bahagian, apabila rasa dah tak boleh nak terus-menerus dibawah telunjuk bos yang terrrrlalu bossy dan semua org buat tak sehebat dia...apa lg mestilah kita nak angkat kaki je....takyah nak buang masa dok ngadap dia je kan, tak berkembang langsung, lagipon apa salahnya member ni pon dah keje lebih 5 tahun...dah sesuai kalau nak bertukar kemana-mana. Hmmm apa2 pon semoga sahabatku ni berjaya mencari apa yng dia naklah...aku pon pernah berada bwh bos yang sama ni....dah sedia maklum dengan sikapnya...tak heran kalau ramai yang merungut kalau berboskan dia ni...

Isnin, 5 November 2012

Beberapa hari lagi cuti sekolah bermula, maka ada perubahan jadual harian aku dan anak2. Anak2 akan mengisi masa seharian di rumah pengasuh kesayangan mereka, masa tu kita dengarlah macam2 request depa ni kat pengasuh tu, pagi nak makan nasi lemaklah, tengahari nak itulah inilah, buat macam rumah sendiri. Yelah dapat pengasuh suka melayan camtu sapa tak sonok, ye tak...kita pon tumpang bahgia bila anak2 happy dan rasa syukur kerana dapat pengasuh penyayang dan ikhlas jaga anak2 kita kan...Alhamdulillah.
Tapi tak bermakna kita lepas tangan pulak bab urusan anak2 ni, ada masa terluang sediakan jugaklah apa2 menu pagi tuk depa bawak bekal kat rumah pengasuh, tak sempat utk pagi, bagi bekal tuk minum petang ka...jajan ka...apa2jelah yang bagi depa kenyang, kita pon faham bila anak dok bekumpoi ramai2 xdak aktiviti sehari suntuk, hmmmm...apa lagi ..mestilah nak mengunyah ja kerjanya, so buget umah pengasuh mesti melambong time tu, jadi kita bantulah apa yang patut kan...takdelah buat2 tak faham pulak, yang dok perabih boraih tu bukan orang lain pon ...anak kita jugak...jadi toksahlah bekira sangat
kalau nak banding jasa pengasuh penyayang camni susah nak dapat di pasaran tau....so kenalah jaga elok2